top of page

Soalan-soalan yang biasa diajukan pada saya.

Apakah rawatan ruqyah itu satu process rawatan yang menakutkan?

Rawatan Ruqyah adalah satu kaedah rawatan yang tidak menakutkan sama sekali. Anda hanya perlu mendengarkan pembacaan Al Quran dari saya, berserah dan bertawakkal sepenuhnya pada Allah swt. Al Quran adalah qalam Allah swt dan semestinya Al Quran itu sendiri memberikan ketenangan.

 

Apakah rawatan ruqyah itu satu process rawatan yang menyakitkan?

Ia sebenarnya tergantung kepada cara Muallij itu sendiri yang kendalikan kes-kes tersebut. Jika perawat itu sendiri menggunakan kekerasan beserta suara keras dan lantang, maka ini akan menimbulkan tindak balas dari jin-jin itu sendiri kerana jin itu akan cuba melawan kerana menyangka perawat itu sendiri berkuasa untuk mengeluarkan mereka. Yang menjadi mangsa adalah pesakit-pesakit itu sendiri. Ada juga yang menggunakan kayu, tongkat, lada hitam dan sebagainya.

Untuk saya secara peribadi, saya lebih suka santai namun tegas. Niat saya hanyalah untuk memberikan kesedaran pada semua bahawa takut kita hanya kita salurkan pada Allah swt, Maha Pencipta seluruh alam.

 

Mengapa ketika saya di ruqyahkan sebelum ini tidak ada apa-apa yang berlaku pada saya?

Anda sendiri yang tahu tentang diri anda. Di sini saya bahagikan kepada beberapa pecahan:

  • Sihir itu sendiri di tutupi dengan dinding sihir. Sebab itu dia dinamakan ilmu sihir, kerana ia sangat halus. Jika si perawat itu tidak pecahkan sihir maka tidak akan berlaku apa-apa pada pesakit itu ketika di rawat. Dengen erti kata lain, anda tidak di rawat pun.

  • Anda mempunyai barangan anda sendiri yang pernah anda ambil dahulu samada secara sengaja ataupun tidak, samada anda tahu ataupun tidak. Barangan anda inilah yang akan menghalang proses rawatan ruqyah anda kerana anda sendiri tidak berlaku jujur, mereka tahu. Jika anda pernah mempelajari mana-mana ilmu kebatinan, ataupun ilmu rawatan yang anda kurang pasti betul atau tidak, nyatakan sekali supaya dapat di niatkan keluar nanti bila diruqyahkan.

  • Anda dalam keadaan belum bersedia. Mungkin anda masih ragu-ragu terhadap perawat anda hendak menilaikan kebolehan perawat, anda di paksa untuk di rawat ataupun anda masih tidak boleh terima bahawa anda telah di sihir.

 

Jika saya benar-benar di sihir, mengapa tidak berlaku kerasukan pun pada saya?

Kerasukan tidak semestinya berlaku pada setiap orang, apabila di rawat. Semuanya berlaku dengan izin Allah swt kerana Dia yang Maha Mengetahui segala sesuatu kekuatan yang ada pada diri seseorang itu. Di sini kekuatan itu TIDAK saya maksudkan dengan banyak amalannya.

 

Kita ada Allah swt, serahkan sahaja padaNya, tidak perlulah kita jalani rawatan Ruqyah?

Benar kita ada Allah swt yang Maha Kuasa atas segala sesuatu, Maha Penyembuh. Kita sebagai hambaNya wajib berdoa dan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan. Di dalam Al Quran sendiri Allah swt ada menyatakan apabila kamu tidak tahu tentang sesuatu perkara, maka bertanyalah pada mereka yang lebih mengetahui. Cuba fikirkan secara logik, jika kita sakit mengapa kita pergi berjumpa doktor? Mengapa kita pergi bekerja sedangkan kita tahu rezeki itu datang dari Allah swt? Apakah dengan setakat berdoa itu sahaja tanpa ikhtiar maka rezeki itu akan datang bergolek atau jatuh dari langit?

 

Apakah yang akan berlaku jika saya diamkan sahaja meskipun saya tahu saya disihir?

Al Quran merupakan Syifaq dan Rahmat bagi kaum mukmin. Sihir datang dengan penyakit di sebabkan jin-jin utusan sihir serta racun yang mereka bawa. Jika anda diamkan, ia akan merosakkan system badan anda. Dalam masa 5 atau 6 tahun maka akan bermulalah komplikasi pada tubuh badan anda. Di sebabkan itu anda lihat ramai orang-orang muda yang telah mula keluar masuk hospital, yang sakit lutut, sakit pinggang, kepala, sesak nafas, masalah jantung dan sebagainya.

 

Bagaimanakah untuk saya ketahui pengesanan awal tentang sihir dan penyakit spiritual?

Orang yang terkena penyakit sebegini, paling awal sekali akan ketara adalah perubahan sikap. Misalannya dari ceria menjadi pendiam, daripada rajin beribadah menjadi berat malakukan ibadah dan daripada rajin menjadi malas.

 

Apakah kemurungan (Anxiety Disorder and Depression) juga adalah di sebabkan sihir?

Ya memang kemurungan adalah berpunca dari bisikan-bisikan jin dan syaitan. Adakalanya pesakit akan mendengar bisikan-bisikan itu di dalam badannya ataupun di luar telinganya. Dalam kes yang extreme, adakalanya juga akan mendengar bisikan untuk membunuh diri.

Benarkah kes-kes penceraian ada bersangkutan dengan gangguan dari makhluk-makhluk halus?

Ya memang ada. Tidak keterlaluan jika saya katakan dalam 70% dari kes-kes penceraian ada unsur-unsur dari gangguan makhluk-makhluk halus, khususnya sihir. Kita kenalinya dengan nama Sihir Pemisah.

 

Jika kita rujuk di dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 102, Allah swt berfirman:

 فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّ

Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah 

Antara sebab-sebab penceraian yang berlaku itu termasuklah masalah kewangan, tiada persefahaman dan juga orang ketiga. Saya huraikan sedikit seperti berikut:

  • Masalah kewangan – sihir boleh dikenakan untuk tujuan menutupi rezeki orang itu. Sihir akan membuat orang itu di buang kerja kerana malas, kerap sakit, banyak buat kesilapan dan tidak dapat fokus dalam pekerjaan. Selanjutnya akan timbullah kebosanan antara pasangan suami isteri tersebut, stress dan lambat-laun akan berakhir dengan penceraian.

  • Tiada persefahaman – sihir boleh menimbulkan rasa kebencian secara mendadak yang teramat sangat terhadap pasangan suami isteri yang dikenakan sihir tersebut. Perkara yang paling pertama sekali berlaku adalah dengan perubahan sikap. Golongan jin yang telah memasuki badan mangsa akan mempengaruhi tabiat kehidupan dan amal ibadah mangsa tersebut

  • Orang ketiga – banyak di kalangan kes-kes orang ketiga ini ada melibatkan sihir. Hal ini dapat di kesan dengan perubahan sikap, cinta yang menggunung pada orang ketiga tersebut, serta masa dan wang di habiskan pada orang ketiga itu. Mangsa yang dikenakan sihir itu mungkin tidak sedar kerana mereka masih lagi boleh solat, berzikir dan membaca Al Quran seperti biasa.

Rumah saya sering kedengaran tapak orang berlari, leretan goli dan seretan almari. Betulkah rumah saya ada gangguan?
Ya rumah yang ada bunyi-bunyian sebegini memang ada gangguan.

Jika rumah ada gangguan apakah rumah itu perlu di rawat?
Tidak semestinya, rata-rata masalahnya bukan pada rumah itu tetapi terletak pada penghuni rumah itu sendiri. Besar kemungkinan ada orang-orang yang terkena sihir ataupun ada menyimpan tangkal, barang-barang khurafat, mengamalkan atau pernah mengambil ilmu-ilmu kebatinan dan mungkin juga ada menyimpan wafaq. Jadi dalam hal ini sebenarnya yang perlu di rawat adalah orang-orang yang di kenakan sihir kerana benda-benda bunyian tersebut adalah dan jin-jin utusan sihir itu sendiri, di tugaskan hanya sekadar untuk menakut-nakutkan penghuni rumah tersebut.

 

Perlukah ada rawatan susulan selepas rawatan yang pertama?

Itu tergantung pada kes-kes, persediaan dan penerimaan pesakit-pesakit itu sendiri. Kes-kes yang melibatkan gangguan makhluk halus in sha Allah boleh di rawat hanya sekali sahaja. Namun kes-kes yang bersangkutan dengan sihir perlukan rawatan susulan sekurang-kurangnya sekali selepas rawatan yang pertama untuk memastikan benda-benda itu semua keluar dengan izin Allah swt.

Saya memang dapat melihat jin. Adakah ianya suatu anugerah, kelebihan ataupun sebaliknya?

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan dan kaumnya dapat melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan itu teman rapat bagi mereka yang tidak beriman." (Surah al-A'raf, ayat 27)

 

Menurut Ibn Hajar, ayat itu jelas menunjukkan manusia biasa yang secara fitrah tidak akan dapat melihat makhluk halus seperti jin dan syaitan dengan mata kasar kecuali dalam dua keadaan. Mereka termasuk dalam golongan yang mempelajari ilmu hitam (ilmu salah) iaitu saling bergandingan dengan jin. Apabila tubuh dan pemikiran mereka telah dikuasai makhluk itu, maka ketika itu tidak mustahil bagi mereka melihat golongan jin seperti didakwa. Mata yang mampu melihat makhluk halus itu adalah mata jin yang telah menguasai mata manusia. Hanya jin yang mampu melihat kaum sejenisnya.

Orang-orang sebegini jika mereka tidak mempelajari ilmu-ilmu hitam, mereka sebenarnya sedang sakit dan perlu cepat-cepat di rawat kerana mereka ini samada terkena sihir, gangguan mahkluk halus ataupun ada mempunyai Saka tanpa mereka sedari.

Saya pernah mengambil ilmu-ilmu kebatinan, saya sudah bertaubat dan tidak mengamalkannya lagi. Perlukah saya di ruqyahkan untuk membuangnya?

Ya anda perlu diruqyahkan untuk membuang ilmu (jin-jin) yang berada di dalam badan anda itu. Sebenarnya ada 2 faktor yang harus anda fahami di sini:

  1. Anda telah mensyirikkan Allah swt dengan menggunakan Iblis, Syaitan ataupun Jin untuk melaksanakan tugasan anda. Anda perlu bertaubat dan tidak mengamalkannya lagi. Barangan physical seperti cincin, gelang, keris, sanggul, ayat-ayat songsang dan sebagainya perlu di buang dan jangan di simpan lagi di dalam rumah.

  2. Bertaubat tidak bermakna jin-jin yang berada di dalam badan akan terus keluar secara automatik meskipun anda sering ke masjid menghadiri kelas-kelas agama, rajin beribadah, telah menunaikan haji, umrah dan sebagainya. Ruqyah adalah satu-satunya jalan untuk mengeluarkan benda-benda tersebut dengan izin Allah swt. Sedar atau tidak, sewaktu ilmu-ilmu di ambil atau di turunkan telahpun dimeterai satu perjanjian yang akan turun kepada keluarga serta keturunan anda apabila anda mati nanti sebagai Saka keturunan.

Apakah yang perlu saya sediakan untuk sessi rawatan Ruqyah?

Anda tidak perlu sediakan apa-apa. Anda hanya perlu hadirkan diri anda sahaja. Perbanyakkan istighfar, mohon pengampunan dari Allah swt atas segala dosa-dosa yang telah anda lakukan agar di permudahkan nanti rawatan anda. Berserah dan bertawakkal sepenuhnya pada Allah swt apabila diruqyahkan nanti ibarat anda sedang bermunajat kepada Allah swt.

bottom of page